Monday 27 April 2015

hijrah sebenar

sering daku terkenang hijrah gemilang
 berubah dunia gelap menjadi terang
 berguguran air mata tidak ku rasa 
meski bibir tanpa suara
 ku terus berdoa.

biar nafas menjadi lelah
 ku pasti hijrah kerana Allah
biar kakiku terasa lemah
menyusuri kekasihMu ya Alah

pengorbanan abadi menerangi bumi
hijrah bagai hujan menyuburi hati
hijrah satu kebenaran sepanjang zaman
hijrah satu kemenangan
musafir perjuangan.





Wednesday 7 January 2015

takut.

bersedia untuk kehilangan sesuatu atau seseorang yang Rai sangat sayang. tak kisahlah ummi abi, adik beradik saudara mara ataupun 'someone'.

sebab Rai belajar untuk terima bahawa setiap yang datang, tak kisahlah hadir itu dalam jangka masa yang lama atau singkat, tetap akan pergi. samada perpisahan yang tidak diingini iaitu kematian ataupun perpisahan yang terancang seperti pindah tempat belajar ke atau pindah rumah ke atau pindah hati. eh? (hahahaha)

dalam hidup ni, Rai belajar untuk terima kematian adalah sahabat yang paling akrab. pergilah jauh mana pun, Rai boleh jauh dengan sahabat handai keluarga tersayang, tapi takkan boleh jauh dengan kematian. kematian nii umpama makhluk yang sentiasa mendampingi. secara sedar atau tidak.

bila fikir pasal kematian, Rai akan lebih redha dengan perpisahan dunia. Rai lebih jelas akan matlamat berpijak di bumi Allah. Rai boleh terima yang sesiapun yang datang adalah ibrah untuk Rai ambik sebagai pengajaran dan bekalan untuk hidup selepas kematian dan hari kebangkitan nanti. (ayat macam cliche kan)

itulah hakikat.

things are easy, siapa yang mahukan perpisahan? Rai sangat takut dengan perpisahan actually. walaupun berpisah dengan orang yang Rai sangat tak suka, sangat benci. oups. tapi Rai tetap takut dengan perpisahan. dan Rai sedang belajar menerima perpisahan dengan kehadiran sahabat setia iaitu ibrah kematian.


dan sekarang Rai dapat rasakan yang Rai dekat dengan satu lagi perpisahan....

maka dengan itu, disegerakan langkah mengambil wudhuk dan bersujudlah untuk memohon kekuatan.