Monday 27 April 2015

hijrah sebenar

sering daku terkenang hijrah gemilang
 berubah dunia gelap menjadi terang
 berguguran air mata tidak ku rasa 
meski bibir tanpa suara
 ku terus berdoa.

biar nafas menjadi lelah
 ku pasti hijrah kerana Allah
biar kakiku terasa lemah
menyusuri kekasihMu ya Alah

pengorbanan abadi menerangi bumi
hijrah bagai hujan menyuburi hati
hijrah satu kebenaran sepanjang zaman
hijrah satu kemenangan
musafir perjuangan.





No comments:

Post a Comment